Kata Aluan

Rabu, 27 Februari 2008

Sekapur Sirih....

Salam..pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ini. Saya harap kepada semua bekas pelajar MML dapat menggunakan blog ini dengan sebaik mungkin. Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk membolehkan semua ex MML untuk bertukar pendapat dan buah fikiran disamping mengetahui perkembangan terbaru persatuan kita. Persatuan tidak akan dapat berkembang dan berjalan dengan jayanya tanpa sokongan dari ex maahadian sekalian..harap antum dan antunna semua dapat memberi sumbangan dan sokongan yang padu kepada persatuan kita..Maahad gemilang...ISLAM TERBILANG.....

Ahad, 24 Februari 2008

Pengenalan...

Pengenalan...
Maktab Mahmud Langkawi telah ditubuhkan pada tahun 1999 setelah mengambil alih pentadbiran sekolah Agama Islahiah Ulu Melaka. Sekolah agama Islahiah yg dahulunya serba kekurangan dari segi infrastruktur dan juga fasiliti telah damajukan sedikit demi sedikit. Masalah bangunan yg tidak mampu menampung jumlah pelajar yg mencecah 400 org telah diatasi dengan terbinanya bangunan demi bangunan. Hingga kini sudah dua bangunan yg bertaraf 3 tingkat dan 1 tingkat telah didirikan bagi mengatasi masalah tersebut. Pelajar yg akan menaiki tingkatan 4 tidak lg perlu berhijrah ke Maktab Mahmud Alor Star. Tambahan subjek AKAUN telah ditambah kedalam sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5. Dari faktor pendidikan, MML telah menigkat dari tahun ke tahun.

bekalan untuk akhirat

BEKALAN UNTUK AKHIRAT

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah”Bertanya Aisyah:"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

1. "Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

ahlan wasahlan

Tujuan blog ini dicipta untuk membolehkan bekas2 pelajar menabur idea,and berbincang tentang pelbagai isu yang pastinya penting dalam meredah arus modenisasi dan globalisasi.Semoga blog ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Semoga Ukhwah kita berpanjangan selamanya..syukran...