Kata Aluan

Ahad, 29 November 2009

Kenangan Beraya bersama Guruku...


Ziarah Ke Rumah Cikgu Sofiah


Ziarah Ke Rumah Ustaz Hayazid

Jumaat, 20 November 2009

Perkembangan Terbaru - Ustaz Yusuf.

hm...just nak gitaw antum/antunna suma, ustaz yusof ayahanda kita la, skang dok keja di mesir. tugas ustaz menjaga kebajikan pelajar2 disana.ustazah nawal n anak2 pun suma ikut skali. dengaq khabar, ustaz n ustazah da ada 7 orang chaya mata. semoga bahagia hingga ke anak cucu. Harap ustaz & ustazah tak lupa kami disini.

Kalau nak taw lebih lanjut lagi,
lawat la blog Ustaz Yusof di : http://syeikhyusoffahmad.blogspot.com/

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kenangan Yang tak Mungkin Dilupakan....

ni time perkhemahan Pengakap di Lubuk Semilang.

Orang len tengah kusyuk dok study, depa dok posing na...ahaha...

ni dok bincang pa tak taw. time berkhemah tu la...

bergambaq skali dengan budak sekolah rendah Ulu melaka. Jiran la ni...hehehe...

yg ni kat Pulau pa tah..Pulau Singa kot.

Guru Maktab Mahmud ketika berada di bawah Pimpinan Ayahda Ustaz Asri

Ketika menyertai pertandingan Praktikal Haji bersama Ustaz Hifzi
( dapat no dua rasanya..hehehe...kalah degn sok teknik)

ni time kem kecemerlangan dekat Hotel Panorama. bergambar dgn cikgu suhaimi ( abg. mie) dan cikgu Zaki.

ahaha..ni time nasyid zaman muda2 dulu. dikepalai olek akmal(eman). semua tawaduk ja tengok..ahahaha

ha...yg ni kat mana xtaw..x igt la..tapi ni time jalan2 pusing langkawi..syok...dapat makan angin..kembung habis perut..ahahaha...

Khamis, 16 Julai 2009

Majlis Ilmu Bersama Pelajar Asrama MML

lhamdulillah, pada 9 julai yang lalu, kami telah berkesempatan untuk mnegadakan majlis ilmu bersama dengan pelajar asrama MML, walaupun program tersebut bukanlah dijalankan dengan perancangan yang rapi. akan tetapi, perancangan Allah telah mengizinkan kami berada di sana untuk berkongsi ilmu dengan Adik-adik Ma'had. serba sedikit, dapat juga kami menabur jasa dan bakti kepada al-Ma'hadil Mahmud Langkawi. butiran program tersebut seperti berikut :

Tarikh : 9 Julai 2009
Tempat : Surau MML
Penceramah : al-alkh Abdul Rahim Bin Hj Salleh
Tajuk : Membina Sakhsiah Diri
Panduan : Kitab " Ayyuhal Walad" ( wahai anakku yang tercinta)
Karangan : Imam Al-Ghazali
Terjemahan : Ustaz Fahmi Zam-Zam.

Kitab "ayyuhal walad" ini mengandungi nasihat-nasihat yang ditulis oleh imam al-ghazali kepada anak muridnya yang tercinta. kitab ini amat bagus sekali kepada semua Muslim terutama para pelajar sebagai panduan di dalam kehidupan seharian. karangannya amat ringkas dan mudah untuk difahami dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. InsyaALLAH.......

Diantara nasihat Imam Ghazali yang terkandung di dalam kitab ini adalah :

1. Waktu itu ialah kehidupan

sabda Rasulullah S.A.W

" adalah dikira sebagai berpalingnya Allah taala dari pada seorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah)maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya labih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaiknnya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"

Apa yang dapat kita ambil pengajaran daripada hadith ini adalah :

1. Setiap saat uang kita lalui di dalam hidup kita begitu bernilai sekali. segala apa yang kita lakukan, akan dihitung sebagai amal yang baik atau buruk.

2. Jangan sesekali melakukan perkara yang tidak berfaedah di dalam hidup kita. kerna, sekiranya kita melakukan perkara yang tidak berfaedah, kita pasti akan menyesalinya pada hati kiamat kelak. mungkin sekarang ini kita tidak menyesalinya, akan tetapi bila jasad sudah dibangunkan di hari kiamat kelak, tidak mungkin lagi bagi kita untuk kembali ke bumi dan beribadat kepada Allah.

3. Barangsiapa yang telah menjangkau umurnya 40 tahun, haruslah dia memperbanyyakkan ibadatnya. bukan bermaksud kita yang muda ini tidak perlu memperbanyakkan ibadat kita, akan tetapi setelah menjangkau umur 40 tahun, bermakna kehidupan kita sudah hampir kepada ajal. sekiranya kita tidak memperbanyakkan ibadat, dikhuatiri, amalan jahat kita selama 40 tahun yang lalu, lebih banyak dari amalan baiknya.

4. Untuk mendapat kemurahan dan rahmat Allah, sudah semestinya kita harus beribadat kepadaNYA dan memperbanyakkan Amalan yang Soleh.

Wallahu A'lam...............

Koleksi Video.


Ahad, 7 Jun 2009

Bekas Pendidik MML....

1. Ustaz Din


* Bergambar bersama dengan Abg Azurin (staff MML)
* sonok blajaq dgn Ustaz din sebab dia suka wat lawak dalam kelas..











Dari kiri :
1. Cikgu Sopiah - Guru Sains
2. Cikgu Rohani - Guru K.H.B
3. ustazah Asa (som) - Guru Khat
4. Cikgu Balqis - Guru Sejarah

Sabtu, 23 Mei 2009

Re-Union dalam kenangan....

Tarikh : 17 &18 Mei 2004
Tempat : Hotel Sherwood Langkawi.



Duduk kiri : Ustazah Farishana,Ustazah Nawal,Ustaz Yusof,?, Ustaz Ishak, Ustaz Ridhaudin, Ustaz Affendi, Abg Azurin.







Bekas Penyelia Maktab Mahmud Cawangan Langkawi (1999-2001)



Ustaz Yusof bin Hj Ahmad merupakan pentadbir yg pertama yang memimpin barisan pucuk pimpinan Maktab Mahmud Cawangan Langkawi. Pada tahun 1999 Maktab Mahmud telah mengambil alih pentadbiran sek agama Islahiah dan memilih Ustaz Yusof sebagai Penyelia yang bertanggungjawab membimbing pelajar2 Maktab Mahmud Langkawi. Pemilihan Ustaz Yusof sebagai penyelia adalah satu pemilihan yang tepat melihat kepada watak dan kepimpinan yang dibawa oleh beliau. Pimpinan yang tegas dan pewatakan yang digeruni menjadikan beliau amat dihormati dan digeruni oleh para pelajar. Beliau sememangnya layak memegang jawatan tersebut. Sepanjang tempoh pentadbiran beliau,(1999-2001),banyak perubahan telah berlaku samaada dari segi infr struktur dan juga pendidikan.

Sememangnya jasa beliau ke atas Maktab Mahmud Cawangan Langkawi terlalu banyak dan sukar untuk dilupakan...

Kepada Ustaz, Jazakallahu Khairan Kashira diucapkan. Semoga Sentiasa dicucuri rahmat dan bahagia disamping keluarga...


Rabu, 8 April 2009

Lepas kita kuaq..suma dah berubah...

Salam..kawan-kawan,ana nak mintak pendapat antum,,lepas kita kuaq dari MML,banyak perubahan dah berlaku sama ada dari segi infra struktur, pentadbiran dan perubahan akhlak palajar maktab mahmud. Mintak beri pendapar masing-masing.

Isnin, 6 April 2009

AKU INSAN KERDIL

aku makhluk ciptaan Allah bernama Insan,
insan yang tidak sunyi dari kesilapan,
kesilapan yang mengajarkan ku erti kehidupan,
kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran,

betapa dhoifnya diri ku ini,
aku berjalan,makan,minum,duduk dan berdiri,
semua pergerakkan ku ini,
adalah dengan izin Ilahi,

kenikmatan yang dikurniakan kepada ku ini,
adakah aku syukuri,
tanyalah dirimu sendiri,
sejauh manakah diriku ini.

buat renungan makhluk yang bernama Insan.

nukilan ......A.R....

Ahad, 5 April 2009

Khamis, 26 Februari 2009

buat renungan warga ma'had...

setelah 5 tahun kita berada di maktab mahmud langkawi, pelbagai ilmu telah diajari oleh guru-guru kita, sejak dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5. mungkin sebab dudah lama meninggalkan sekolah, kita sudah lupa sebab sedikit ilu yang disampaikan itu..mungkin disebabkan pembelaran kita itu hanyalah untuk cemerlang dalam peperiksaan sahaja. namun ilmu agama yang kita pelajari..bukan lah untuk peperiksaan sahaja..tetapi untuk kegunaan harian..sejauh manakah kita dapat beramal dengan ilu tersebut..tepuk dada..tanya selera..

fikir-fikir lah sahabat-sahabat,adik-adik. kakak-kakak dan abang-abang..ilmu yang kita pelajari itu tidak ternialai sebenarnya..janganlah kita biarkan ilmu yang kita pelajari hilang dgn begitu saja. ilmu ini lah yang akan menjadi panduan dalam hidup kita seharian. ilmu inilah yang akan menjaga iman kita serja memelihara kita dari terpesong kejalan yang sesat...

sedar lah warga ma'had sekalian...renungilah peringatan ini...dimanakah diri kita sekarang...

Sabtu, 24 Januari 2009

program motivasi 2009

insyaAllah persatuan akan menganjurkan program motivasi pada tahun ini dan program ini akan digabungkan dengan persatuan maktab mahmud UIAM.semoga berjaya dijalankan.