Kata Aluan

Khamis, 16 Julai 2009

Majlis Ilmu Bersama Pelajar Asrama MML

lhamdulillah, pada 9 julai yang lalu, kami telah berkesempatan untuk mnegadakan majlis ilmu bersama dengan pelajar asrama MML, walaupun program tersebut bukanlah dijalankan dengan perancangan yang rapi. akan tetapi, perancangan Allah telah mengizinkan kami berada di sana untuk berkongsi ilmu dengan Adik-adik Ma'had. serba sedikit, dapat juga kami menabur jasa dan bakti kepada al-Ma'hadil Mahmud Langkawi. butiran program tersebut seperti berikut :

Tarikh : 9 Julai 2009
Tempat : Surau MML
Penceramah : al-alkh Abdul Rahim Bin Hj Salleh
Tajuk : Membina Sakhsiah Diri
Panduan : Kitab " Ayyuhal Walad" ( wahai anakku yang tercinta)
Karangan : Imam Al-Ghazali
Terjemahan : Ustaz Fahmi Zam-Zam.

Kitab "ayyuhal walad" ini mengandungi nasihat-nasihat yang ditulis oleh imam al-ghazali kepada anak muridnya yang tercinta. kitab ini amat bagus sekali kepada semua Muslim terutama para pelajar sebagai panduan di dalam kehidupan seharian. karangannya amat ringkas dan mudah untuk difahami dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. InsyaALLAH.......

Diantara nasihat Imam Ghazali yang terkandung di dalam kitab ini adalah :

1. Waktu itu ialah kehidupan

sabda Rasulullah S.A.W

" adalah dikira sebagai berpalingnya Allah taala dari pada seorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah)maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya labih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaiknnya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"

Apa yang dapat kita ambil pengajaran daripada hadith ini adalah :

1. Setiap saat uang kita lalui di dalam hidup kita begitu bernilai sekali. segala apa yang kita lakukan, akan dihitung sebagai amal yang baik atau buruk.

2. Jangan sesekali melakukan perkara yang tidak berfaedah di dalam hidup kita. kerna, sekiranya kita melakukan perkara yang tidak berfaedah, kita pasti akan menyesalinya pada hati kiamat kelak. mungkin sekarang ini kita tidak menyesalinya, akan tetapi bila jasad sudah dibangunkan di hari kiamat kelak, tidak mungkin lagi bagi kita untuk kembali ke bumi dan beribadat kepada Allah.

3. Barangsiapa yang telah menjangkau umurnya 40 tahun, haruslah dia memperbanyyakkan ibadatnya. bukan bermaksud kita yang muda ini tidak perlu memperbanyakkan ibadat kita, akan tetapi setelah menjangkau umur 40 tahun, bermakna kehidupan kita sudah hampir kepada ajal. sekiranya kita tidak memperbanyakkan ibadat, dikhuatiri, amalan jahat kita selama 40 tahun yang lalu, lebih banyak dari amalan baiknya.

4. Untuk mendapat kemurahan dan rahmat Allah, sudah semestinya kita harus beribadat kepadaNYA dan memperbanyakkan Amalan yang Soleh.

Wallahu A'lam...............

Koleksi Video.


Tiada ulasan: