Kata Aluan

Selasa, 31 Mei 2011

Ke-Minda ii PMR & SPM 2011

Alhamdulillah..syukur yg tidak terhingga ku panjatkan kehadrat Ilahi, kem Ke-Minda ii PMR & SPM 2011 ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatan kuasa dan barisan Fasilitator yang terlibat, tidak lupa juga kepada Cikgu Rahimah, Cikgu Haziza, Pak Cik Naim dan juga Ustazah Zahara yang banyak membantu dalam menjayakan Kem ini. Penat lelah kalian hanya Allah yang mampu membalasnya...

Tidak lupa jugak kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Jazakallahu khairun Jaza' jugak diucapkan kepada semua yang memberi sumbangan samaada dari segi kewangan mahupun barangan dan sebagainya, sesungguhnya ganjaran pahala amatlah tinggi dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk kalian. Sesungguhnya sedekah itu adalah amalan yang tidak akan putus walaupun terputusnya anak Adam dari kehidupan dunia.


Untuk makluman adik2 semua, persiapan untuk kem ini mengambil masa hampir 2 bulan. Penat lelah kami semua, hanya Allah S.W.T sahajalah yang mengetahui. 3 minggu yang terakhir sebelum tibanya hari program, hampir setiap hari kami berulang alik ke kuah untuk mendapatkan sumbangan dan menjalankan urusan berkaitan dengan program.

walaubagaimanapun, alhamdulillah, kewangan yang telah dikumpul mencukupi untuk menampung makan minum dan lain-lain peralatan dan perkakas untuk program ini. Walaupun kadang-kadang kami terpaksa mendapatkan perkakas masakan dan makanan dalam masa yang suntuk, Alhamdulillah, semuanya masih lagi terkawal..

Kadang-kadang begitulah, apa yang dirancang tidak semestinya tercapai seperti yang dirancang. namun apa yang penting, dalam melakukan sesuatu perancangan, kita mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan sekiranya perkara yang dirancang itu tidak tercapai, dengan kata lain kita mestilah ada perancangan alternatif sebagai persediaan untuk kegagalan plan induk.

Adik-adik yang disayangi, dengan tamatnya Kem Ke-Minda ii ini, apa yang abang-abang dan kakak-kakak harapkan dari adik-adik semua adalah mengadaptasikan ataupun mengamalkan apa yang telah dipelajari didalam kem ini didalam kehidupan seharian adik-adik. Amat rugi dan sia-sialah sekiranya kem ini sekadar tamat dan meninggalkan kenangan manis dalam diri adik-adik , namun tiada perubahan yang berlaku dalam diri adik-adik semua.

Ingatlah adik-adikku, "Tranformasi Diri Ke Arah Kecemerlangan" dan " Everything Start From Me" jika digabungkan kedua-dua kata-kata hikmah ini, maka adik-adik akan sedar bahawa untuk melakukan perubahan dalam diri adik-adik untuk mencapai kejayaan, tiada siapa yang dapat membantu adik-adik sekiranya adik-adik sendiri tiada kesungguhan dan kecekalan untuk merubah diri adik menjadi seorang pelajar yang rajin dan tekun untuk belajar.

Sekiranya adik-adik tekad untuk berubah menjadi seorang pelajar yang rajin dan tekun, maka akan dipermudahkan jalan untuk adik-adik kearah kejayaan.

Ingatlah, bahawasanya kejayaan itu hanya akan datang sekiranya didahului dengan usaha dan persiapan yang kuat dan rapi.

Dan ingatlah, kemalasan itu adalah pintu yang membawa adik-adik ke arah kegagalan. manakala kerajinan dan ketekunan merupakan pintu kearah kejayaan...

Akhir kata, penyesalan itu sentiasa datang kemudian dan tidak sekarang...justeru, sebelum datangnya penyesalan itu, menyesallah sekarang dan tekadlah untuk melakukan transformasi dalam diri adik-adik kearah kecemerlangan dan kejayaan....


sekian.....rahimkawi....

Sabtu, 7 Mei 2011

Borang Pendaftaran Keahlian Alumni MML

  1. Nama Penuh:
  2. Emel:
  3. Nombor Telefon:
  4. Alamat:
  5. Nama Universiti:
  6. Peringkat Pengajian:
  7. Tarikh Mula Pengajian di MML:
  8. Tarikh Tamat Pengajian di MML:
  9. PMR Tahun :
  10. SPM Tahun :
  11. Pekerjaan ( Jika sudah Bekerja )
  12. Pendapatan Sebulan :
  13. Status :
  • Tarikh Cadangan Untuk Re-Union :
  • Borang yg sudah lengkap diisi bolehlah emailkan ke : rahimkawi@gmail.com

Jumaat, 29 April 2011

Ke- Minda 2011

Amir Fahmi April 24 at 1:37pm Report
kepada semua bekas pelajar MMCL.

memohon sumbangan u menjayakan program

maklumat program adalah seperti berikut :

Program : Ke Minda II PMR dan SPM ’11
Tarikh : 26-29 Mei 2011
Tempat : Maktab Mahmud Langkawi, Langkawi Kedah
Jumlah Peserta : 150 orang

Bersama ini kami sertakan nombor akaun Bank Islam (02066011068872) atas nama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Mahmud Langkawi.

P/z : jasa baik dikenang dan hanya Allah sahaja mampu membalasnya..atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya amirul : 0132578612 dan Bedun (Abd Rahim : 0132229318.
siapa2 y berminat untuk jadi Fasi dan urusseti boleh juga menghubungi saya selewatnya 5/5/2011

Rabu, 2 Februari 2011

Sekali Sekala Pi Jenguk Sekolah


Jarang- jarang sekali pi jenguk sekolah, tak banyak sangat perubahannya..sampai saja di sekolah, saya dan amirul terus menuju ke bilik ustaz Jid..aha..memang tak dak tempat len dah yang nak dituju..amirul terus la nak jumpak ayahanda kesayangan dia ni..Jumpak ja...hm..biasa la...borak sakan la mirul nagn ustaz Jid..

Tapi kedatangan kami ni sebenaqnya bukan nak pi melawat saja...hehe...sebenaqnya nak bincang pasai kertas keja program tuk adik-adik PMR & SPM tgh taun ni InsyaAllah...harap-harap jadi la kali ni...

hehe...ustaz Jid macam biasa lah, sepertimana yang kita sedia maklum, ustaz Jid ni memang seorang yang teliti, tambah lagi bila tengok working paper..ahaha...ha..habislah mirul..memang kena la berletiaq ckit dengan ustaz Jid working paper tak dak muka surat..aha...

Ala Kullihal, working paper ni akan dibentangkan kepada Pengetua Cikgu Sopiah nanti, Tadi pi, Cikgu Sopiah tak dak, dia ada meeting...tak dapat la jugak jumpak cikgu kesayangan saya tu...hehe...


Hm..gini la keadaan pejabat MML sekarang..lama dah kot depa pebesaq pejabat ni..baguihla jugak..selesa ckit staff-staff MML ni nak buat keja..Tp yang depan tu bukan staff no..hehe..tu la ustazah zaharah..atau kak ala..he...dah jadi ustazah ma'had ya sekarang..Hm...teringin jugak nak mengajaq kat Ma'had kalau diberi peluang..atleast dapat berbakti kepada Ma'had...
Ha..ni la Van yang banyak berjasa kepada kami..Credit tu Abg Naim/Pak cik Naim yang masih bertugas sebagai driver Van ini..time kami sakit, Pak Cik Naim la yang antaq kami pi klinik naik Van ni...Nak pi lawan sukan, dan pi mana-mana la urusan sekolah...hehe...memang banyak sangat jasanya..