Kata Aluan

Isnin, 27 Ogos 2012

Jamuan Raya Alumni MML '12

Venue : My Hotel Langkawi
Tarikh : 23 Ogos 2012
Jam : 2.30 pm - 6.00 pm

 Barisan Putera Ex-MML

 Barisan Puteri Ex-MML





Barisan VIP






Acara Memotong Kek

Alhamdulillah, berjaya juga mengadakan jamuan raya alumni kali ke-4. walaupun kehadiran tidak seperti yang dijangkakan, namun bersyukur atas segala ketentuannya...kita hanya mampun merancang, Allah yang menentukan..."kurang adalah lebih baik dari tiada"

Secara keseluruhannya, majlis jamuan raya ini dihadiri oleh setiap wakil batch cuma jumlahnya tidak begitu ramai. setiap batch macam antaq wakil la sorang ckit...jadi, di masa akan datang, sekiranya diizinkan Allah untuk mengadakan lagi majlis sebegini, diharap akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari bekas pelajar MML.

Majlis yang seumpama inilah yang dapat menemukan kembali rakan-rakan yang telah lama kita tidak berjumpa. sesungguhnya ikatan persaudaraan sesama kita tidak akan putus buat selama-lamanya..Mengeratkan silaturrahim sesama kita merupa perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam..sekiranya seseorang itu memutuskan silaturrahim sesama Islam, maka dia adalah tergolong di kalangan penghuni neraka.

Justeru, usaha kearah mengeratkan ukhwahn sesama kita merupakan satu amalan yang mulia disisi Allah dan seharusnya diambil berat dan diberikan sokongan sepenuhnya...ukhwah yang terbina antara kita, tidak ternilai harganya..dan wang ringgit bukanlah pengukur antara ukhwah tersebut..oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang yang sebegini di kemudian hari...

tidak dinafikan, banyak sekali manfaatnya sekiranya jalinan ukhwah seperti ini dieeratkan..pelbagai perkara yang dapat dikongsikan untuk manfaat kita bersama. apatah lagi masing-masing antara kita sudah berada di pelbagai bidang dan tugasan. sudah tentunya pelbagai perkara yang dapat dikongsikan bersama.

Mengimbau kenangan manis dan pahit suatu ketika dahulu, merupakan perkara yang amat berharga untuk dikenang, dan sudah tentunya peluang sebegini sukar untuk didapati.

Akhir kata, rebutlah peluang dihadapan mata, kerna yang mendatang belum pasti kehadirannya....

Sekian..wasalam.....

Ahad, 20 Mei 2012

Ke-Minda iii 2012 MML

Salam....camana ya Ke-Minda iii 2012 MML, dapat dijalankan dak tak taw taun ni....suma sibuk na.....sapa2 yang berminat nak jadi fasi bleh la habaq kat saya na....kesian adik2 taun ni kalau xbuat program kat depa...rasa2 budak2 U pun dah nak cuti kan...bleh la plan buat program....